Sunday, September 15, 2013

Kami akan beroperasi semula!!!

Assalamualaikum....
Telah hampir setahun saya menghentikan seketika operasi bridezillashop ini kerana kesibukkan menjadi ibu muda... kini bridezillashop akan kembali beroperasi... tempahan dibuka untuk gubahan hantaran dan semua goodies kami.... sila email bridezillashop@yahoo.com untuk quotation atau sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam shoutbox dibawah... Tq! kembali sedia berkhidmat~~~
Thursday, November 8, 2012

Majlis Aqiqah Iman Humairah (Skudai)

Door gift untuk majlis aqiqah puteri kesayangan ibu, 
Iman Humairah Binti Muhd Affzan...

Kurma + Apricot di dalam bekas cupcake + lycee puding...
Boleh juga diganti dengan cookies / jelly gum / marshmellow / apa sahaja yang bersesuaian..
 Versi 1: Pink-Yellow
Versi 2: Dark Choc - Green

Pilihan warna terletak di tangan anda... cuma warna cupcake bergantung kepada pasaran...
Sesuai juga untuk sebarang majlis-majlis lain seperti majlis hari jadi dan perkahwinan...
Kepada yang berminat sila mesej / email kami untuk quotation...

Saturday, May 12, 2012

Butterfly Lollypop: Wan Muhammad Haziq (Batu Caves)

Tempahan dari Pn. Huda untuk majlis hari jadi anaknya, 
pada 13 mei 2012 sekali dengan sambutan Hari Ibu...
Semoga Haziq menjadi anak yang soleh...! Amin...





100pcs Butterfly Lollypop


Saturday, August 20, 2011

VIP wedding gift: Azah (Skudai)

tempahan dari bff.... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat... amin...

20pcs glass jar for vvip.... including cookies...

100pcs glass jar for vip...

Proud to be part of your BIG day!!!
Tuesday, August 16, 2011

Kids Favors selain gula-gula / manisan???

hi all my bride-to-be.... arini kita ckp tentang kids favor plak k... ermmm apa yg anda terfikir tentang kids favor? mesti sesuatu yg manis/cute/cantik kan? 
contoh: coklat. lagi??? gula-gula. lagi??? marshmallow. lagi??? candy. lagi??? cupcake. lagi??? jelly. lagi??? eh jap. semua tuh macam org dah biasa buat je? nak jadi lain dari yang lain tak? ok.... sini ade beberapa cadangan/idea baru yg saya dapat dari blogwalking... apa kata anda beri....

.

.

.

.

.

.

.

alat tulis / alat mewarna?

pelik?

kini tidak lagi... idea beri alat tulis / mewarna ini dah biasa di lakukan di luar negara... mereka beri krayon dan satu buku mewarna yg kecil / note pad sebagai cenderahati majlis mereka... tak kisahlah majlis hari lahir ke.... cukur jambul ke.... majlis perkahwinan ke... atau apa2 majlis yg dihadiri utk knak-kanak....  kenapa? anda rasa mahal? ok, kat sinilah anda perlu bijak.... tak perlu memborong buku mewarna pon..... cari gmbr kat internet, print dan wat copy banyak2... potong dalam bentk yg paling cute anda rasa... guna art scissor (gunting yg bergerigi tuh..)
dan customized sendiri kulit buku mewarna / note pad mengikut tema majlis anda.... ok. habis part buku. krayon? hmmm bukan nak bagi satu tetamu sekotak krayon... bagi sekadar 3-4 btg krayon dah mencukupi... 
kalau rajin, buang kertas pembalut batang krayon tuh, 
 
print label majlis istimewa anda, dan lekatkan... seolah2 krayon itu customized utk majlis anda seperti ini... contoh ok...
ok, selain krayon, apa lagi bende2 ilmiah yg boleh kita beri? hmmm pen yg cute.. pensel warna....... pensel tulis...... buku cerita mini.... eraser... atau apa sahaja bahan ilmiah yg anda fikirkan.... ok... kita layan gmbr lagi.. 
penanda buku!!! cute kan?

 haaaa camni lah.... 


erasers.... comelnyeeeee
ok bride-to-be semua.... ingat...
jadilah pengguna pengantin bijak!!!


all pics credit to Mr Google. Thank You Mr Google!!!
Friday, August 12, 2011

Eco-Friendly & Organic Wedding Favors

salam semua... hari ini saya nak kongsi beberapa lagi idea utk wedding favors... kebelakangan ini ramai di kalangan bride to be yang inginkan konsep garden wedding utk majlis istimewa mereka... ini menunjukkan peningkatan kesedaran untuk menghargai kehijauan yg mendamaikan.... semua org sukakan alam sekitar yang bersih..nyaman...menyegarkan...pohon2 menghijau dan sebagainya bukan? jadi kenapa tidak anda mengambil beberapa idea dari konsep garden wedding ini dengan menghadiahkan sepohon pokok kecik yg cute seperti lucky bamboo, atau kaktus yg ringkas kepada tetamu anda sebagai tanda anda menghargai alam sekitar? nape? mcm pelik bunyinya? ok2... xmau ckp banyak... kita tgk gmbr k....

Lucky Bamboo.... simple je pokok nih... cute plak tuh. gi je mane2 nursery... harga pon murah...


herbs.... bagus gak idea nih kan? letak sudu aiskrim atau batang aiskrim biasa, tulis nama pengantin, pacak je dlm pasu... simple, green, n eco-friendly. dapat pahala lagik bila org guna herbs yg kita bagi tuh...

cactus.... hmmm maybe bleh cari yg simple sket...?

go green!!!
 mini palm.... ermmm banyak kat ikea... murah je pon...
ok, selain pokok, kita bleh jgk bagi buah-buahan.... contoh buah epal. murah jer... epal fuji tuh baru rm1.. cuba carik kat pemborong buah, mesti lagik murah...


a perfect pair... simbolik gituu... pin je pakai jarum peniti..








strawberi..... tapi mahal sket... ader bajet lebih apa salahnya.... tak pon beli sket utk vip sahaja....








ok bride to be... so camne idea green eco-friendly wedding favors nih? ok gak kan? biar kita buat lain dari yg lain, supaya org ingat majlis kita sampai bile2.... kita bagi anak pokok, selagi pokok tuh hidup hingga membesar, selagi itulah majlis istimewa kita akan diingati oleh tetamu...

all pic credit to Mr Google...
Monday, August 8, 2011

eco-friendly wedding favor!

ingat lagi bila Maya Karin bagi door gift mentol jimat tenaga di hari perkahwinannya? 
what a brilliant idea! eco-friendly. i like....
 credit to budiey

Lebih menarik, pada ole-oleh itu juga terselit nota khas yang memberi tips kepada tetamu tentang cara-cara kita boleh
bersama-sama memelihara alam sekitar. Ia antara lain menyebut:

"Gunalah beg sendiri apabila keluar beli-belah, jangan membazir air ketika menggosok gigi, gunakan bateri yang dicas semula, bawa bekas sendiri apabila membeli makanan bungkus dan gunakanlah mentol lampu jimat tenaga." credit to murai
tapi masyarakat kita masih lagi kurang terbuka mindanya... ada sesetengah pihak yang masih belum boleh terima kalau kita bagi mentol sebagai doorgift. tetamu yg hadir pasti akan tertanya2 dan pelik. mentol betol ke nih? ke untuk perhiasan? or.... mentol nih boleh dimakan? hihihi itu lumrah.... kebiasaan mmg sukar utk diubah.... xpe, kita paham...
my mum sendiri pon mula2 rasa pelik bila i ckp i nak guna beg goreng pisang brown paper bag sebagai beg utk isi epal as my wedding door gift. tapi bila brown paper bag tuh dah di hias, di deco semua suke n setuju... jimat pulak tuh... dan tak salah mencuba sesuatu yg baru... memberi makanan yg sihat utk hadirin di hari istimewa itu... asal usul idea nak guna brown paper bag nih saya ambil dari 

bride to be sekalian, nasihat saya, berilah sesuatu yg berguna utk tetamu anda.... at least sesuatu yg boleh diguna pakai semula selain tuala kecik yg murah itu atau yg menyihatkan seperti buah-buahan. beranikan diri mencuba sesuatu yg baru. tak semestinya apa yg org buat turun temurun dari zaman berzaman dulu tuh kita perlu ikut...
jadilah pengguna pengantin bijak!

 credit for elle

 
less is more my dear bride to be!

 

Blog Template by YummyLolly.com